PUSAT URUTAN TRADISIONAL SPA-SAR REFLEXOLOGI ini telah didaftarkan perniagaannya pada BULAN APRIL, 2012 dipejabat PENDAFTARAN PERNIAGAAN NEGERI PERAK, IPOH. Sebelum perniagaan ini didaftarkan Kerja-kerja Urutan Tradisional dijalankan dirumah kediaman sendiri untuk memahirkan kerja-kerja urut mengurut. Bagi memajukan diri dan menambah pengetahuan didalam Bidang Perurutan Tradisional dan Moden Pusat Urutan Tradisional Spa-Sar Reflexologi telah menghantar dua Juru Urut untuk mengikuti Kursus REFLEXOLOGI di Pusat Latihan REFLEXOLOGI di Kuala Lumpur yang dianjurkan oleh pihak MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA, PETALING JAYA. Para Juru Urut yang dihantar mengikuti Kursus Reflexologi terdiri daripada SAUDARA ABD.RAHMAN BIN HASSAN ( JURU URUT LELAKI ) DAN PUAN SALMAH BTI ABD.RAHMAN ( JURU URUT PERBIDANAN )
Pada awal bulan JUNE, 2012 pihak PUSAT URUTAN TRADISIONAL SPA-SAR REFLEXOLOGI telah membuka PUSAT URUTAN TRADISIONAL SPA- SAR REFLIXOLOGI dengan menyewa dibangunan GERAI MPTI NO.54, MEDAN MAHKOTA, JALAN MAHKOTA,TELUK INTAN
No comments:
Post a Comment